Pengurusan Pembelajaran ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam
konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar yang mengambil kursus ini akan diperkenalkan kepada
pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuklah organisasi, kepemimpinan,
tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya
membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam semua situasi
pembelajaran. Kursus ini hanya di ambil oleh mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sahaja.
Melalui subjek ini, mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjadi bakal perintis guru masa hadapan dapat mengetahui pengalaman dan mempunyai pengetahuan untuk mengurus apa-apa sahaja berkaitan dengan sekolah.Oleh itu, kursus ini banyak membantu untu kesediaan ke alam pekerjaan sebagai guru.