Hasil pembelajaran ini, anda akan dapat mengetahui :-
- Peraturan dan disiplin murid
- Pengurusan devian dan salah laku
- Pekeliling dan peraturan
BAB 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Apakah itu Tingkah Laku Pelajar?
- Tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
-Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama
tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.
-Tingkah laku
bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu,
cepatbelajar, pintar cerdas dan proaktif.
-Tingkah laku
bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti
sosial, disruptif berkaitan tingkahlaku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku
bergantung yang berlebihan.
9.1 Peraturan dan Disiplin Murid
Apakah itu Peraturan?
- Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, peraturan ialah segala yang telah ditentukan dan semestinya dituruti. Oleh itu di sekolah, segala jenis peraturan sekolah yang telah ditetapkan hendaklah di patuhi oleh semua pelajar dan guru juga.
Apakah itu Disiplin?
- Disiplin ialah peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan.
-Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dikenali sebagai tingkah laku devian.
Cara-cara disiplin dijalankan di sekolah :
1.Mengadakan jadual waktu
2.Buku kedatangan
3.Perhimpunan
4.Pakaian seragam
5.Peperiksaan
Punca berlalunya Salah Laku Pelajar menurut teori :
- Teori Fungsionalisme
Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
-Teori Konflik
Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
-Teori Interaksionisme
Devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.
Misalnya:
-Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
- Pelajar menafsir bahawa gurunya tidak pilih kasih hanya mengajar pelajar yang pandai dan dia terpinggir, oleh itu pelajar tesebut berlaku devian dengan ponteng kelas guru tersebut.
9.2 Pengurusan Devian dan Salah Laku
Jenis-jenis Devian :
1. Inovasi
-Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
-Contoh : meniru sewaktu peperiksaan agar semua soalan dapat dijawab dan mendapat markah yang diinginkan oleh pelajar tersebut,
: mencedarakan pelajar lain dengan sengaja sewaktu permainan Bola Sepak agar pelajar tersebut menang.
2.Ritual
- Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
- Contohnya : pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.
3.Undur
- Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
- Contoh : Pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah.
4.Menentang
- Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain
- seperti mencuri.
Prosedur Disiplin dan Tingkah Laku
-kebiasaannya hanya menggunakan teguran, nasihat dan kaunseling. Tetapi jenis hukuman juga perlu diberikan kepada pelajar agar pelajar tersebut sedar akibat buruk melanggar disiplin di sekolah.
-kebiasaannya hanya menggunakan teguran, nasihat dan kaunseling. Tetapi jenis hukuman juga perlu diberikan kepada pelajar agar pelajar tersebut sedar akibat buruk melanggar disiplin di sekolah.
Tatacara menangani masalah disiplin
- Menerima aduan salah laku pelajar/murid.
- Memastikan akan kebenaran aduan yang diterima
- Setelah pasti,buat siasatan untuk membuktikan kesalahan pelajar .
- Kes tersebut dibicarakan.
- Pelajar mempunyai hak untuk membela diri supaya pengetua/guru besar dapat mempertimbangkan dengan seadilnya
- Seorang pelajar belum bersalah jika tidak terbukti kesalahanya.
- Sekiranya pelajar membuktikan bahawa tidak bersalah ,pengetua/guru besar buat keputusan bahawa tuduhan tiada bukti
- Sekiranya pelajar bersalah,pengetua /guru besar harus menjatuhkan hukuman
Hukuman
- Jatuhkan hukuman dengan adil
- Hukuman yg dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi kepada latar belakang pelajar itu.
- Jangan menjatuhkan hukuman yang berbentuk penderaan.
- Hukuman hendaklah berbentuk pengajaran & pendidikan yg boleh menginsafkan pelajar
- Elakkan hukuman yang merugikan pelajar contoh gantung sekolah, denda wang dan larangan outing.
- Jangan menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dengan menjatuhkan hukuman yang boleh mencederakan pelajar
- Hukuman berbentuk rotan dijalankan di atas tapak tangan atau punggung yg beralas.
9.3 Pekeliling dan Peraturan
1.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
2.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
4. Surat Pekeliling Bil : 7/2003 (Kuasa Guru Merotan Murid)
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah DILARANG.
Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8/1983
Mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran. hukuman tersebut dilarang sebab berbentuk penyeksaan, cacian dan melampau
Contoh
Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1997 (Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok)
Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Sekolah
(Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.
Rumusan
Pengurusan tingkahlaku pelajar ini boleh di tangani dengan peraturan sedia ada di sekolah. Tetapi sekiranya pelajar masih tetap melanggar peraturan sekolah, guru hendaklah memainkan peranan penting untuk menanganinya tetapi dengan cara yang betul mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar hukuman tersebut tidak melampaui batas. Hal ini agar dapat memberi pengajaran kepada pelajar tersebut agar tidak mengulangi devian yang dai lakukan.